Wednesday, January 16, 2008

PTER: KOTUMBAYAN


Apa yang anda lihat pada paparan ini adalah rekabentuk kulit album Mr.Pter yang pertama. Melihat tajuk album ini "Kotumbayan", album ini memuatkan 10 buah lagu yang rata-ratanya adalah ciptaan beliau sendiri.

Buat masa ini, album "Kotumbayan" ini diedar dalam bentuk kaset sahaja. Namun, memandangkan pasaran kaset pada masa kini semakin kurang sambutannya maka perancangan untuk mengeluarkan audio CD sememangnya dalam proses. Bila? Persoalan seumpama itu sukar untuk dijawab buat masa ini kerana perancangan itu masih dalam rundingan.

Kepada anda yang ingin mendengar bagaimana corak lagu-lagu Mr.Pter, anda bolehlah 'stream' melalui kotak lagu yang disediakan pada sisi kanan blog ini.

No comments: