Thursday, July 26, 2007

PTER in Da House!

Salam sejahtera kepada semua yang berkunjung ke blog ini. Terima kasih tidak terkira atas kesudian anda mengunjungi blog yang baru bermula ini... Pertama sekali, 'post' sulung ini ingin berkongsi gambar-gambar Mr.Pter. Untuk pengetahuan anda semua, Mr.Pter adalah seorang artis yang boleh dikatakan masih baru dalam industri seni tempatan. Sebenarnya, beliau sudah muncul sejak tahun 2005 lagi. Namun kesibukan kerja menghadkan pergerakan promosi. Kini Mr.Pter membuat COMEBACK!!!Inilah wajah Mr.Pter yang murah dengan senyuman. Dan jangan hairan anda akan tidak berhenti ketawa sepanjang hari jika anda berpeluang berborak dengan beliau. Ha ha ha. Anda pasti terhibur dengan 1001 cerita beliau yang tersendiri.


Mr.Pter bersama Dickson Jailis (Juara Sugandoi Kaamatan Tahun 2004)

Bukan orang sembarangan! Mr.Pter bukan setakat tahu menyanyi sahaja. Lihatlah di atas ini... percayalah ketika gambar ini di'snap', beliau sedang memainkan lagu Elvis Presley!

Tidak pernah berpisah dengan MUZIK. Mr.Pter berposing bersama gitar Santa Cruz.

Bukan setakat bergambar dengan gitar bass. Mr.Pter gemar bermain bass rock 'n' roll!


Ok...nampaknya sampai di sini sahaja untuk kali ini. Untuk 'post' yang seterusnya, blog ini akan memaparkan review album Mr.Pter - Kotumbayan. Lagu-lagu beliau adalah seperti yang anda dengar di SINGING BOX. Kepada anda yang menggemari lagu-lagu Mr.Pter dan berminat untuk memiliki album beliau yang terhad ini, sila hubungi Mr.Pter di talian 0195355191.

Tuesday, July 17, 2007

Welcome To My Corner!

Hai semua!!!

P^ter Music Corner akan cuba menghiburkan anda semua yang sudi melawati blog ini.